Tuesday 16 April 2013

Initial releaseNovember 2, 2001 (USA)

Ulasan:
Amelie merupakan filem Perancis pertama yang pernah saya tonton. Jalan ceritanya yang baik tidak mengajak penonton untuk banyak berfikir kerana dapat difahami melalui reaksi atau gaya yang dibawakan oleh pelakon di dalam filem tersebut. Pada permulaan cerita tersebut, pengarah telah menggunakan suara latar dan pelakon unutk menunjukkan kehidupan Amelie ketika kanak-kanak. Watak kanak-kanak Amelie ditamplikan sebagai seorang yang menghidapi penyakit jantung dan tidak dibenarkan bermain bersama kanak-kanak yang lain. Dia hanya berkurung di dalam rumah dan bermain bersama permainannya. Dari kecil lagi Amelie ditampilkan sebagai seorang yang suka mencari kegembiraan diri dengan membalas perbuatan orang lain yang menindas dirinya. Contohnya ialah jirannya yang telah menyalahkan dia sehingga terlibat dalam kemalangan dan Amelie telah mengganggu jirannya tersebut dengan mematikan elektrik untuk beberapa kali bagi menggangu masa menonton jirannya itu.
          Ketika Amelie sudah besar, Amelie ditampilkan sebgai watak yang ingin memberikan kegembiraan kepada orang sekelilingnya. Permulaan bagi watak tersebut ialah Amelie menjumpai kotak lama di dalam rumah sewanya dan memberi kepada pemilik asalnya tanpa pengetahuan bahawa dialah yang memulangkan kotak tersebut. Watak Amelie ini jelas menunjukkan bahawa dia seorang yang baik hati kerana suka membantu orang lain terutama dalam menggembirakan hati orang lain. Konflik cerita ini bermula apabila terdapat seorang lelaki mencari seorang wanita bertopeng hitam dan berpakaian hitam yang merupakan Amelie. Penonton akan tertanya-tanya adakah Amelie akan mendedahkan bahawa wanita tersebut adalah dirinya? Pelbagai usaha dilakukan oleh Amelie untuk bertemu dengan lelaki trsebut dan mendedahkan identiti seorang lelaki misteri di dalam foto lelaki itu.
          Keadaan filem yang tidak susah untuk difahami mengajak penonton untuk mengikuti kesudahan kisah Amelie dan lelaki tersebut. Adakah Amelie akan menerima lelaki tersebut? Adakah Amelie akan mengaku bahawa dialah wanita bertopeng tersebut?
          Kesudahan cerita ini menunjukkan Amelie menerima lelaki tersebut sebagai teman hidupnya dan mereka hidup bahagia melalui penampilan watak mereka menunggang motosikal bersama dan begitu mesra. Gaya perceritaan, watak yang ditampilkan dan kisah yang ditonjolkan dapat memberi inspirasi kepada penonton bahawa membantu orang lain untuk mendapat kebahagiaan merupakan kepuasan dan kegembiraan untuk diri kita juga. Dan saya berpendapat cerita ini amat menarik untuk ditonton.



HUZAIFAH    FEZARI BIN ABD HALIM

No comments:

Post a Comment