The Fabulous Destiny of Amélie Poulain adalah sebuah filem
komedi romantis 2001 yang diarahkan oleh Jean-Pierre Jeunet. Ditulis oleh
Jeunet dengan Guillaume Laurant, filem ini adalah gambaran aneh kehidupan Paris
kontemporari, yang terletak di Montmartre. Ia menceritakan kisah seorang
pelayan malu, yang dimainkan oleh Audrey Tautou, yang memutuskan untuk mengubah
kehidupan orang-orang di sekeliling beliau yang lebih baik, ketika bergelut
dengan pengasingan sendiri. Filem ini adalah filem Antarabangsa gabungan antara syarikat-syarikat di Perancis dan
Jerman.
Filem ini dipenuhi dengan pujian kritis dan merupakan satu
kejayaan box-office utama. Amélie memenangi Filem Terbaik di Anugerah Filem
Eropah, ia memenangi empat Anugerah César (termasuk Filem Terbaik dan Pengarah
Terbaik), dua Anugerah BAFTA (termasuk Layar Asal Terbaik), dan telah
dicalonkan untuk lima Anugerah Academy.
Pada pendapat
saya filem ini sangat berbeza dari filem yang lain kerana paparan filemnya
sangat beranimasi ,fantasi dan pelik .Saya suka pada jalan ceritanya kerana
jalan ceritanya tidak sama dengan filem-filem lain yang saya pernah lihat
sebelum ini.Apa yang lebih menarik saya untuk menonton filem ini ialah mungkin
kerana watak-watak dalam cerita tersebut.Seperti watak Amelie seorang gadis yang cantik dan pelik membuatkan
watak Amelie itu seolah-olah hidup.Ada juga disesetengah plot cerita dalam filem
ini membuatkan saya berasa suspen,lucu dan terasa seperti di alam fantasi.saya tidak menyangka jalan ceritanya begitu dan ia
membuatkan saya ternanti-nanti apakah yang akan terjadi seterusnya.
Selain itu
teknik-teknik pengcahayaan,audio,latar belakang ,elemen-elemen 3D yang
digunakan dalam filem ini sangat membantu menjadikan filem ini seolah-olah”real”
dan menarik.Jika dilihat latar belakang tempat juga merupakan satu pemilihan
yang tepat kerana ia amat membantu filem
ini menggunakan teknik pengcahayaan yang
baik. Gabungan elemen-elemen bunyi yang hebat dalam filem ini sangat membantu filem ini berjalan dengan baik.Paparan
cerita juga menjadi lebih menarik dan jelas ketika menonton .
Unsur-unsur seks
dalam filem ini sebenarnya sedikit-sebanyak membantutkan rasa ingin terus
menonton filem ini.Filem yang berunsur seks mungkin sesuai ditayangkan di Negara-negara
barat tetapi saya rasa jika di Malaysia ,adegan-adegan seperti itu hendaklah di
tapis kerana ia memberikan pengaruh negatif kepada penonton terutamanya remaja.Tidak
semua lapisan masyarakat dapat menerima adegan tersebut dan mungkin ia tidak
sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.Adegan-adegan seks perlu
dikurangkan supaya filem ini boleh dipasarkan ke seluruh negara dan dapat
memberikan pengajaran yang baik kepada penonton.
Selain itu ,Filem ini sangat bagus untuk ditonton kerana banyak nilai-nilai
positif yang diterapkan .Mungkin itu boleh menjadi satu pengajaran buat
penonton. Untuk memasarkan idea yang bagus,unik dan kreatif ia sangat memerlukan daya pemikiran yang jauh
dan matang.Mungkin itulah yang ingin ditonjolkan dalam filem ini iaitu untuk
membuat sesuatu filem seseorang itu sangat perlu berfikiran kreatif dan
inovatif dari segala aspek barulah sesuatu produk itu dapat dikeluarkan dengan hebat
dan mendapat sambutan hebat.
No comments:
Post a Comment