AMELIE- SHE'LL CHANGE YOUR LIFE
Amelie adalah sebuah filem
perancis arahan oleh Jean-Pierre yang diterbitkan pada tahun 2001. Filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Amelie
Poulan (Audrey Tautou) yang lebih banyak menghabiskan masa kecilnya bersama
keluarga kerana sikap beliau yang pemalu dan pendiam. Tambahan pula, Amelie
diberi pendidikan hanya dirumah oleh ibunya yang memainkan peranan sebagai guru
kepadanya. Kehidupan Amelie tidak seperti kanak-kanak lain yang ceria dan
bahagia disamping keluarga. Sikap ayahnya yang tidak mempunyai masa bersama
Amelie menjadikan Amelie seorang kanak-kanak yang pendiam .Oleh sedemikian,
Amelie hidup dalam dunianya sendiri yang penuh dengan imaginasi tentang hal-hal
persekitarannya. Berapa lama kemudian, hidup Amelie semakin sunyi selepas
kematian ibunya . Setelah itu, Amelie dibesarkan oleh ayahnya sehinggalah usia
Amelie meningkat dewasa. Namun begitu, Amelie mengambil keputusan untuk hidup
berdikari dengan mencari pekerjaan sendiri. Disinilah bermulanya perubahan kehidupan
Amelie yang dulunya hidupnya adalah
anti-sosial tapi kini tidak lagi, hidupnya bertukar menjadi seorang yang mudah
dan senang bergaul dengan orang disekitarnya. Kesedaran Amelie tentang
pentingnya kebahagian dalam hidup setiap manusia membuatkan perjalanan hidup dia
dipenuhi dengan menolong serta membahagiakan orang-orang disekitarnya yang
menghadapi masalah serta kesukaran hidup. Disamping membahagiakan orang lain, dia juga mengecapi
kebahagian dalam kehidupannya sendiri dengan mencari teman hidup untuk mengisi
sisa-sisa hidupnya.
Amelie merupakan sebuah kisah
yang sangat menarik dimana ia memberi nilai tambah kepada audien melalui jalan
cerita yang sangat unik serta pembawakan watak yang sangat kreatif. Filem Amelie
berbeza dengan filem-filem lain kerana filem ini dapat mengajak audien
bersama-sama menghayati watak-watak yang bermain dalam filem tersebut. Selain itu,
filem ini juga mempunyai nilai moral yang dapat dilihat melalui watak Amelie
yang suka membantu orang-orang yang disekelilingnya tanpa mengharapkan apa-apa
balasan. Sound effect dalam filem ini
juga menjadikan ia lain daripada filem-filem lain kerana Sound effect yang digunakan membuatkan audien berfikir apa yang akan
terjadi seterusnya. Hal ini kerana kebanyakan sound effect yang digunakan
adalah bercirikan suspen tetapi sebenarnya ia hanyalah gimik semata-mata. Disebabakan
itu filem ini sangat unik. Elimen-elimen komedi yang terdapat dalam filem ini serta
sudut kamera yang berada di posisi yang betul dan cantik juga dapat menarik perhatian audien sekaligus mengelak
daripada audien dizzy. Namun begitu, filem
ini juga ada kekurangannya iaitu kronologi cerita tidak terlalu tersusun membuatkan
kadang-kadang audien sukar memahami jalan cerita filem tersebut. Konklusinya, cerita ini banyak memberi nilai
tambah kepada saya sebagai audien. Melalui filem Amelie ini saya dapat
simpulkan bahawa pentingnya kebahagian dalam hidup seseorang manusia untuk menjadikan
hidup lebih sempurna serta kepentingan imaginasi dalam melahirkan idea yang kreatif
dan inovatif.
No comments:
Post a Comment