Amélie
Amélie, nama asal
Le Fabuleux Destin d'Amélie Pouline, satu filem Perancis komedi romantis yang
diarah oleh Jean-Pierre Jeunet. Lakon layar yang ditulis oleh pengarah Jeunet
bersama Guillaume Laurant, dengan latar belakang kehidupan di Montmartre, Paris.
Filem ini merupakan filem usaha sama antara syarikat dalam negara negara Jerman
dan Perancis.Filem ini telah memenangi banyak anugerah filem. Antaranya
termasuk Filem Terbaik di Anugerah Filem Eropah pada tahun 2002 di Jerman dan
Anugerah Cesar di Perancis pada tahun yang sama. Ia juga telah menerima lima
pencalonan Anugerah Academy 2002 di Amerika Syarikat.
Filem Amélie
mengisahkan tentang gadis yang pemalu tetapi memutuskan untuk mengubah
kehidupan orang-orang di sekelilingnya sementara bergelumbang dengan
kehidupannya sendiri yang terasing.Amélie Pouline, yang dibintangi oleh Audrey
Tautou, seorang pelakon Perancis, merupakan seorang gadis yang giat berdaya
imaginasi cergas. Amélie didiagnosis oleh ayahnya Raphael Pouline, pada masa
kecil lagi, dan didapati dia mempunyai masalah jantung, yang sebenarnya Amélie
segan untuk diperiksa oleh ayah yang serupa orang yang tidak dikenali,
sedangkan Raphael tidak pernah sentuh anaknya selain pemeriksaan kesihatan.
Amélie yang masih kanak-kanak lagi dilarang bermain dengan kanak-kanak lain dan
bersekolah di rumah sahaja. Titik pertama yang penting dalam kehidupan Amélie
adalah apabila ibunya dalam kes membunuh diri seseorang dari bumbung gereja.
Selepas kejadian itu, ayah Amélie dari seorang pendiam, telah menjadi seorang
yang, berbanding dengan masa isterinya masih hidup, pendiam. Walau
bagaimanapun, Amélie membesar seperti orang lain dan menjadi seorang dewasa dan
bekerja sebagai pelayan di Cafe des 2 Moulins, tanpa dipengaruhi oleh
ayahnya. Titik kedua yang penting dalam hidup Amélie, adalah semasa kematian
Diana, Puteri Wales dalam satu kemalangan pada tahun 1997. Amélie menyedari
bahawa betapa rapuh dan pendeknya kebenaran kepada sesuatu dipanggil 'hayat.'
Kemudian Amélie membuat keputusan bahawa dia perlu membuat sesuatu, dalam masa
yang masih ada, terhadap orang-orang di sekelilingnya.
Jikalau tidak
tengok pada plot filem ini, perkara yang benar-benar menarik hati saya adalah
watak-watak di sekeliling Cik Audrey Tautou, pelakon Amélie. Watak-watak yang
berlainan ini telah dibina dan berhidup di dalam dunia yang dicipta oleh
pengarah Jeunet. Dengan contohnya, penghisap rokok yang "hypochondriac
(seorang yang terlalu cemas terhadap kesihatannya)", penjual barang runcit
yang "tyrannical (lalim, zalim, kejam)", pelukis yang digelar
"The Glass Man", yang mempunyai penyakit tulang tidak kukuh dan mudah
cedera jika tidak berhati-hati.Walaupun filem ini agak fantasi dan memberi
perasaan dibuat-buat, tetapi apa yang menarik hati saya adalah senyuman Amélie,
Audrey Tauton, yang membawa perasaan cantik, dan sedikit nakal di samping
wajahnya yang cantik itu.
Disediakan oleh
Foo Suan Hui
1 SHAC
Film Review