Saturday 20 April 2013

Amélie

Amélie

Amélie, nama asal Le Fabuleux Destin d'Amélie Pouline, satu filem Perancis komedi romantis yang diarah oleh Jean-Pierre Jeunet. Lakon layar yang ditulis oleh pengarah Jeunet bersama Guillaume Laurant, dengan latar belakang kehidupan di Montmartre, Paris. Filem ini merupakan filem usaha sama antara syarikat dalam negara negara Jerman dan Perancis.Filem ini telah memenangi banyak anugerah filem. Antaranya termasuk Filem Terbaik di Anugerah Filem Eropah pada tahun 2002 di Jerman dan Anugerah Cesar di Perancis pada tahun yang sama. Ia juga telah menerima lima pencalonan Anugerah Academy 2002 di Amerika Syarikat.

Filem Amélie mengisahkan tentang gadis yang pemalu tetapi memutuskan untuk mengubah kehidupan orang-orang di sekelilingnya sementara bergelumbang dengan kehidupannya sendiri yang terasing.Amélie Pouline, yang dibintangi oleh Audrey Tautou, seorang pelakon Perancis, merupakan seorang gadis yang giat berdaya imaginasi cergas. Amélie didiagnosis oleh ayahnya Raphael Pouline, pada masa kecil lagi, dan didapati dia mempunyai masalah jantung, yang sebenarnya Amélie segan untuk diperiksa oleh ayah yang serupa orang yang tidak dikenali, sedangkan Raphael tidak pernah sentuh anaknya selain pemeriksaan kesihatan. Amélie yang masih kanak-kanak lagi dilarang bermain dengan kanak-kanak lain dan bersekolah di rumah sahaja. Titik pertama yang penting dalam kehidupan Amélie adalah apabila ibunya dalam kes membunuh diri seseorang dari bumbung gereja. Selepas kejadian itu, ayah Amélie dari seorang pendiam, telah menjadi seorang yang, berbanding dengan masa isterinya masih hidup, pendiam. Walau bagaimanapun, Amélie membesar seperti orang lain dan menjadi seorang dewasa dan bekerja sebagai pelayan di Cafe des 2 Moulins, tanpa dipengaruhi oleh ayahnya. Titik kedua yang penting dalam hidup Amélie, adalah semasa kematian Diana, Puteri Wales dalam satu kemalangan pada tahun 1997. Amélie menyedari bahawa betapa rapuh dan pendeknya kebenaran kepada sesuatu dipanggil 'hayat.' Kemudian Amélie membuat keputusan bahawa dia perlu membuat sesuatu, dalam masa yang masih ada, terhadap orang-orang di sekelilingnya.

Jikalau tidak tengok pada plot filem ini, perkara yang benar-benar menarik hati saya adalah watak-watak di sekeliling Cik Audrey Tautou, pelakon Amélie. Watak-watak yang berlainan ini telah dibina dan berhidup di dalam dunia yang dicipta oleh pengarah Jeunet. Dengan contohnya, penghisap rokok yang "hypochondriac (seorang yang terlalu cemas terhadap kesihatannya)", penjual barang runcit yang "tyrannical (lalim, zalim, kejam)", pelukis yang digelar "The Glass Man", yang mempunyai penyakit tulang tidak kukuh dan mudah cedera jika tidak berhati-hati.Walaupun filem ini agak fantasi dan memberi perasaan dibuat-buat, tetapi apa yang menarik hati saya adalah senyuman Amélie, Audrey Tauton, yang membawa perasaan cantik, dan sedikit nakal di samping wajahnya yang cantik itu.

Disediakan oleh
Foo Suan Hui
1 SHAC
Film Review

No comments:

Post a Comment