Monday 15 April 2013





AMELIE- SHE'LL CHANGE YOUR LIFE

Amelie adalah sebuah filem perancis arahan oleh Jean-Pierre yang diterbitkan pada tahun 2001. Filem ini mengisahkan  tentang kehidupan seorang gadis bernama Amelie Poulan (Audrey Tautou) yang lebih banyak menghabiskan masa kecilnya bersama keluarga kerana sikap beliau yang pemalu dan pendiam. Tambahan pula, Amelie diberi pendidikan hanya dirumah oleh ibunya yang memainkan peranan sebagai guru kepadanya. Kehidupan Amelie tidak seperti kanak-kanak lain yang ceria dan bahagia disamping keluarga. Sikap ayahnya yang tidak mempunyai masa bersama Amelie menjadikan Amelie seorang kanak-kanak yang pendiam .Oleh sedemikian, Amelie hidup dalam dunianya sendiri yang penuh dengan imaginasi tentang hal-hal persekitarannya. Berapa lama kemudian, hidup Amelie semakin sunyi selepas kematian ibunya . Setelah itu, Amelie dibesarkan oleh ayahnya sehinggalah usia Amelie meningkat dewasa. Namun begitu, Amelie mengambil keputusan untuk hidup berdikari dengan mencari pekerjaan sendiri. Disinilah bermulanya perubahan kehidupan Amelie yang dulunya hidupnya  adalah anti-sosial tapi kini tidak lagi, hidupnya bertukar menjadi seorang yang mudah dan senang bergaul dengan orang disekitarnya. Kesedaran Amelie tentang pentingnya kebahagian dalam hidup setiap manusia membuatkan perjalanan hidup dia dipenuhi dengan menolong serta membahagiakan orang-orang disekitarnya yang menghadapi masalah serta kesukaran hidup.  Disamping membahagiakan orang lain, dia juga mengecapi kebahagian dalam kehidupannya sendiri dengan mencari teman hidup untuk mengisi sisa-sisa hidupnya.

Amelie merupakan sebuah kisah yang sangat menarik dimana ia memberi nilai tambah kepada audien melalui jalan cerita yang sangat unik serta pembawakan watak yang sangat kreatif. Filem Amelie berbeza dengan filem-filem lain kerana filem ini dapat mengajak audien bersama-sama menghayati watak-watak yang bermain dalam filem tersebut. Selain itu, filem ini juga mempunyai nilai moral yang dapat dilihat melalui watak Amelie yang suka membantu orang-orang yang disekelilingnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Sound effect dalam filem ini juga menjadikan ia lain daripada filem-filem lain kerana Sound effect yang digunakan membuatkan audien berfikir apa yang akan terjadi seterusnya. Hal ini kerana kebanyakan sound effect yang digunakan adalah bercirikan suspen tetapi sebenarnya ia hanyalah gimik semata-mata. Disebabakan itu filem ini sangat unik. Elimen-elimen komedi yang terdapat dalam filem ini serta sudut kamera yang berada di posisi yang betul dan cantik juga dapat  menarik perhatian audien sekaligus mengelak daripada audien dizzy. Namun begitu, filem ini juga ada kekurangannya iaitu kronologi cerita tidak terlalu tersusun membuatkan kadang-kadang audien sukar memahami jalan cerita filem tersebut.  Konklusinya, cerita ini banyak memberi nilai tambah kepada saya sebagai audien. Melalui filem Amelie ini saya dapat simpulkan bahawa pentingnya kebahagian dalam hidup seseorang manusia untuk menjadikan hidup lebih sempurna serta kepentingan imaginasi dalam melahirkan idea yang kreatif dan inovatif.

No comments:

Post a Comment